YTM Tuan Haji Syed Idrus Syed Baharom Sebagai Penaung Diraja Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia (Amal Malaysia).
Anak Bukit, 25 Ogos 2021 - YTM Tuan Haji Syed Idrus Syed Baharom Kerabat Diraja Kedah merangkap Yang Di-Pertua Majlis Kerabat Diraja Kedah berkenan menerima kunjungan hormat dari Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia (Amal Malaysia).
Kunjungan hormat ini bertujuan mempersembahkan hasrat Pertubuhan untuk melantik YTM Tuan Haji Syed Idrus Syed Baharom sebagai Penaung Diraja Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia (Amal Malaysia).
Justeru itu, lantikan ini telah diperkenankan oleh YTM Tuan Haji Syed Idrus Syed Baharom dan bertitah supaya memegang teguh kepada matlamat pertubuhan untuk menjalankan kerja kebajikan sebaik yang mungkin.
Menjunjung Kasih - Pertubuhan Amal Malaysia
#MediaAmalMalaysia
#AmalMalaysiaOfficial
#PresidenAmalMalaysia
#SetiausahaAmalMalaysia
#PertubuhanKebajikanJaringanAmalBersatuMalaysia
#KerabatDirajaKedah
#PenaungAmalMalaysia
#YangDipertuaKerabatDirajaKedah
#kedahdarulaman
#kunjunganhormat