PERTUBUHAN KEBAJIKAN JARINGAN AMAL BERSATU MALAYSIA - AMAL MALAYSIA.
Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia - AMAL MALAYSIA. 1. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan serta menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan. 2. Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap golongan yang miskin, terabai, teraniaya (abuse) dan lain-lain. 3. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan golongan yang kurang bernasib baik. 4. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri. 5. Mengadakan program dan aktiviti bersama masyarakat bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara.